Sampai Bila ??? (Entry Pasrah)

(Entry sedih la kadang-kadang)


Mood tengah sorrow..dengan kerja yang makin banyak. Terimalah entry pasrah aku

Kadang-kadang, aku akan termenung sorang bila pikir balik pasal apa yang telah aku buat selama aku hidup ni. Banyak benda jahat daripada benda yang baik. Bukan tak pernah insaf..pernah dulu (masa aku di puncak kejahatan) aku menangis bebb sorang-sorang. Memang aku ni orang yang tak boleh hidup senang (walaupun tak berduit). Bukan aku mintak untuk hidup susah..aku memang bersyukur dapat hidup macam ni walaupun penuh dengan maksiat. Bukan aku cetek agama, tapi aku tak pernah praktikkan. Macam-macam alasan lagi la untuk aku tak nak berubah. Walaupun aku hidup macam ni, jauh kat sudut hati aku ni masih ada sikit keinsafan. Tapi tak tahu la bila aku nak tinggalkan aktiviti ni. Hiburan dunia bebb, banyak cabaran. Tp aku taknak la kalo umur sampai 70-an pun masih macam ni.



Sebenarnya ni bukan la salah satu agenda hipokrit aku tp tetiba aku rasa nak tulis benda baik lak malam ni..hahaha. Aku slalu masuk blog keretamayat. Kat sini, bley la tambah sikit-sikit ilmu agama aku yang agak cetek. Biar lah aku tak pernah praktikkan tapi at least aku tau benda tu.

Ok..back to topic. Sebenarnya banyak benda yang aku bley taip kalo tajuknya "Sampai Bila". Contohnya;

1. Sampai bila aku nak kerja hotel ni
2. Sampai bila aku nak hidup hanyut macam ni
3. Sampai bila kawan-kawan aku ni akan terus berkawan dengan aku
4. Sampai bila....bla, bla

Ni contoh je la. Tapi aku nak ceritakan sampai bila aku nak kerja hotel ni & sampai bila aku nak hidup hanyut macam ni. Sebenarnya, kalau nak ikutkan peluang kerja, dah banyak offer aku terima baik dari family or member satu universiti dulu. Kalo nak fikir balik, gaji aku bukan besar bebb tapi aku dah macam terikat kat hotel ni. Sayang nak tinggal member, environment, awek-awek...pendek kata aku ni orang yang cepat berpuas hati & taknak berubah. Tu la masalah sebenar aku..Even though i realize, but i can't afford to change it.

Masalah kedua, sampai bila aku nak hidup hanyut macam ni. Hmm..soalan ni kene tanya 2 belah pihak, akal & nafsu. Kalo tanya akal, jawapan memang la senang - HARI NI. Tp kalo tanya nafsu plak - AS LONG AS YOU LIVE (Macam lirik je kannn). Seronok hidup cam aku ni..aku tak tipu. Macam-macam benda korang bley rasa. Macam yang Kurt Cobain pernah cerita kat aku taim kecik dulu:

"Drug, Sex, Money"

3 mende ni memang susah nak pisah. Honestly to say, I don't do drug for a very long time. Syukur rasa sebab tak ketagih benda ni. Senang cerita, aku akan berubah bila ada pemangkin untuk aku berubah. Siapa yang belajar kimia dulu tau kannn ape makne catalyst. Kalo tak tau, g la carik kat kamus. Walaupun bunyi cam aku bagi alasan untuk taknak berubah, but that's the reality. Tak lama lagi kot. Korang doa-doa je la umur aku panjang untuk taubat..hehe. So, kepada mereka yang belum terlibat dalam kancah yang hina ni, jangan la cuba. Pada yang dah tercuba tu, pikir la macam aku ni sambil cakap dalam hati SAMPAI BILA???

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah