Kerja Versus Belajar

Nak kerja ke....nak belajar???


Umur aku muda lagi..dalam 20's. Macam-macam benda aku nak achieve dalam umur macam ni. Macam korang jugak la, benda paling penting tu mestilah duit. Kawin lambat lagi, jadi orang muda mesti ada target. Macam aku sendiri, aku target sebelum umur 30 dah dapat Sarjana. Tp ni target je la..kalo ada peluang tu, baguslah.

Dalam nak mencapai matlamat tu, macam-macam benda kita kena tempuh. Nak sambung study?? Duit mesti kena banyak. Setakat dalam bank ada RM5K tak cukup weh. Lagi 1, kalo kerja dah steady, watpe nak sambung blaja lagi kan. Go on je la dengan kerja tu.

So, ni la masalah aku sebenarnya. Oleh sebab aku ni jenis yang cepat berpuas hati, kadang-kadang aku rasa malas nak sambung blaja. Sometime plak rasa macam malas nak kerja. Honestly to said, my decision making is quite poor right now. Aku tak tau mana satu pilihan yang terbaik nak buat.

Nak hidup ni aku andaikan macam pilih hookers (andaian aku). Masuk bilik, pilih mana yang cantik tapi belum tentu pandai beraksi. Kita tak tau apa yang akan jadi in the future. Pilih A salah..pilih B tak betul. Hmmm..kalo aku sambung study, aktiviti maksiat akan ditinggalkan (tak cukup duit). Kalo aku terus kerja, bila lagi aku nak sambung study??? Kerja dah steady (bagi aku), gaji lak dah fix. Kira ngam la kan kalo ditengok dari mata kasar. Tapi bila diteliti secara halus, tanpa menggunakan khidmat sebarang makhluk halus..aku kena fikir balik sebab apa aku nak terus kerja dan mengapa aku nak sambung blaja.

Sebab apa aku nak kerja:

:: Aku nak terus kerja sebab aku dah penat belajar
:: Aku nak kerja sebab aku bley spend duit gaji tu untuk enjoy, bayar utilities..

Sebab apa aku nak belajar:

:: Sebab aku minat belajar.
:: Sebab banyak masa terluang nanti.
:: Kalo dah dapat Master, gaji bley la demand lagi.

Unfortunately, both of the option have their pro & contra. Itu la masalahnya bila aku nak wat keputusan nak terus kerja atau belajar. Masalahnya bukan aku tak pernah tanya pendapat orang. Ini antara feedback yang aku terima

Pendapat 1
Akak taknak ko sambung belajar. Skarang kerja pon dah stress..kalo ko blajar mau botak kepala ko yang berambut lebat tu.

Pendapat 2
Ko nak belajar ke?? Watpe nak blajar lagi??

Pendapat 3
Selagi papa mampu support ko, ko blajar laaa.

Ni baru sikit, banyak lagi pendapat yang merapu serta mencarut. Ape kejadahnya ni..aku nak pendapat yang dikukuhkan dengan dalil dan bukti yang kukuh. Stakat bagitau camtu, aku pon bley pikir sendiri..hahaha (tak bersyukur)

Whatever it is, aku dah apply untuk masuk belajar balik dengan proposal aku yang tak berapa kukuh tu. Diharap, professor yang check aku punya proposal tu tak pening kepala dengan carutan aku yang berjela-jela. Aku mintak wat part time je. Attend class + research..mintak-mintak rambut aku tak gugur di umur yang muda ni. Dapat or tak dapat..tu tolak tepi. Yang penting aku HAPPY!!!!




0 comments:

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah