Mengapa ??

Ketika aku menaip entry ni, tenaga batin aku berada di kondisi yang sangat lemah. Jadi, untuk menghuraikan keserabutan kepala otak ni..aku pun bukak la blogger.com dengan harapan dapat mengarang sesuatu. Mengapa aku suka buat entry baru padahal dalam kepala takde idea.

Sebelum korang menyesal, tekanlah pangkah kat internet browser masing-masing sebab entry kali ni busan nak mati.


Sebab apa aku post malam ni. Entah la..nak kata berbakat tu jauh sekali, nak kata banyak masa terluang tu lagi la jauh berkali-kali. Senang cerita, aku suka menulis sebab aku ni jenis yang suka bersembang sambil mengumpat. Oleh sebab skarang ni takde orang dalam opis sebagai partner menyebar fitnah, jadi aku pun gunakanlah internet sebagai medium untuk mengumpat serta mencerca.

Mengapa aku buat tajuk entry "Mengapa"???

Kadang-kadang aku pikir, mengapa aku jadi macam ni. Parents dah bagi didikan agama yang complete. Dari sekolah sampailah ke universiti, semua yang baik-baik. Family aku jugak tergolong dalam kumpulan yang baik. Jadi, mengapa aku jahat (nakal sebenarnya).

Mintak maaf la jika entry ni berbau personal sikit sebab asalnya aku dengan ABB bukak blog ni untuk ceritakan aktiviti maksiat kami. But, lately masing-masing sibuk so aktiviti tersebut tak dapat berjalan seperti biasa.

Back to the topic.."Mengapa"?? Bila dikaji secara mendalam, aku ni jenis yang suka buat eksperimen kat diri sendiri. Aku akan cuba buat benda terbabit untuk tengok kesan kat atas badan.

Contoh mudah..aku pernah guna dadah. Aku guna sebab aku curious..nak tahu apa rasa. Lepas dah rasa 2-3 kali, aku pikir balik. Berbaloi tak aku guna benda ni. Last skali, aku akan stop sebab aku tau benda ni sangat-sangat tak berbaloi.

Tapi dalam banyak-banyak eksperimen, aku fail dalam 2 benda..sex & alcohol. Aku masih bley control tapi aku tak bley lepaskan. Sekarang ni aku post entry pun dalam keadaan agak mabuk. Jadi sebelum aku mencarut lebih teruk, baik aku tekan noktah kat keyboard ni.

Semoga aku & ABB tak buzy dalam masa terdekat ni. Barulah aktiviti maksiat dapat berjalan seperti biasa. Kalo tak, aku memang takde idea nak mengarang.

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah