Entry Tanpa Tajuk

Aku tak tau nak letak apa tajuk entry ni. Rasanya memang tak berkaitan langsung kot dengan apa yang aku nak tulis. Sebelum aku menaip tanpa arah tuju, biarlah aku bagi intro sikit apa benda yang aku nak tulis hari ni. First of all, aku nak tulis pasal seorang lelaki bernama Pakcik.

Pakcik ni bukanlah orang Malaysia..status lak PATI. Tapi kenapa dia bley hidup senang dari orang Malaysia ?? Setelah duduk melepak bersama beliau, macam-macam benda aku berjaya korek daripada Pakcik


Dia dah duduk Malaysia kalo tak silap aku 12 tahun. Sebagai sorang PATI, mmg la susah nak mati hidup dia masa mula-mula sampai. Dah la orang pandang hina, pastu sedara pon takde.

Tapi yang aku nak cerita kat sini, macam mane dia bley berjaya. Setelah aktiviti korek-mengorek rahsia dijalankan, 1 je nasihat yang dia bagi kat aku

BUAT APA YANG KITA SUKA, JANGAN BUAT APA YANG KITA TAK SUKA

Kalo sekali baca, memang nampak benda ni macam SELFISH. Lepas tu, dia pun terangkan la 1 by 1 apa maksud yang dia cuba sampaikan.

Pakcik: Apa yang adik suka??
Aku: Saya suka tido.
Pakcik: Bukan tu maksud pakcik..tp apa yang adik suka orang lain buat dekat adik.
Aku: Ooo..saya suka kalo orang hormat saya.
Pakcik: Kalo macam tu, adik kena la hormat orang tu balik.

Aku still blur dengan penyampaian Pakcik. Lepas dia tengok muka selebet aku, dia tanya lagi

Pakcik: Apa yang adik tak suka orang buat dekat adik?
Aku: Saya tak suka orang marah saya.
Pakcik: Haa..kalo macam tu, adik jangan la marah orang.

Aku termenung kejap sebab cuba tangkap maksud ayat dia. Lepas 15 saat, baru aku paham maksud "BUAT APA YANG KITA SUKA, JANGAN BUAT APA YANG KITA TAK SUKA".

Maksud dia senang je..apa yang kita suka, kita balas balik perbuatan tu. Apa juga yang kita tak suka orang buat dekat kita, jangan buat benda tu. Korang paham tak apa yang aku taip ni??

Contoh senang la aku bagi..korang tak suka kan kalo orang pecah masuk rumah kita, jadi jangan la pecah masuk rumah orang. Senang tak?? Rupanya itu je benda yang Pakcik tu pegang. Pastu, dia sambung..

Pakcik: Tapi adik, ada jugak yang pakcik langgar
Aku: Apa yang pakcik buat??
Pakcik: Pakcik tak suka orang kacau anak pakcik, tapi pakcik kacau jugak anak orang.
Aku: (Terdiam..hahaha)

Jadi, apa-apa benda baik kat blog ni korang ambik. Nak ambik yang jahat pon takpe tapi jangan la diaplikasikan. Setiap benda yang korang nak buat, pikir dulu consequences (eja btol kan??). Cara nak bercakap dengan orang pun kena pandai.

Moral of the story, BUAT APA YANG KITA SUKA, JANGAN BUAT APA YANG KITA TAK SUKA.

Renung-renungkan dan selamat beramal (Curik tagline Prof Izzi Hj Ali)

0 comments:

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah