Kereta Idaman Aku (Entry Nak Masuk Contest)

Korang pernah tak ada impian yang menggunung?? Macam nak tekel Siti Nurhaliza (sebelum dia kawin dengan Dato' K), atau nak jadikan Anuar Zain sebagai kekasih gelap (bagi kaum perempuan).



Tak best la entry kalo takde gambar penyeri


Semua orang ada impian. So, macam mana plak dengan kereta impian?? Oppsss..sori lupa plak nak bagitau, entry kali ni merupakan contest anjuran Pakcik Robinhood melalui blog beliau TheBedRoomTragedy. Aku ni tak kenal sangat siapakah beliau tapi setelah aku menjelajahi blog Pakcik Robinhood ini, banyak gak benda yang berguna untuk aku yang sememangnya buta IT. Paling aku tak sangka adalah cara2 nak buat sticky thread. Memang geniusss..hahaha.

Ok2..back to the topic. Kereta impian ni tak semestinya kena harga yang berjuta-juta. Asalkan dari kecik dah pasang impian nak beli kereta tu, kiranya itu kereta impian la jugak (pandangan aku). Kereta impian juga bukanlah sebuah kereta yang boleh digunakan untuk menggoda pelajar IPTA & IPTS. Kereta impian aku tak lain dan tak bukannn. Jeng..jeng..jennnng


Ni lah kereta impian aku-The Super Beetle

Meh aku nak cerita sikit pasal kereta ni. Kereta ni dipanggil sebagai 'The Super Beetle' dan dihasilkan dari tahun 1971-1979. Syarikat Volkswagen yang berpengkalan di Germany mula buat kereta siri Beetle ni dari taun 1938 sampai la 2003.
The Super Beetle ni merupakan Beetle yang tercanggih sekali dalam kelasnya pada waktu itu. Aku bukanlah seorang peminat barang antik tapi taim kecik-kecik aku memang suka tengok orang naik kereta katak ni. Rekabentuk kereta ni sangat unik bagi aku. Sesuai dengan jiwa orang yang membawanya.

Sampai sekarang aku pasang impian nak beli kereta ni. Dapat yang buruk pun takpe la asalkan body masih cantik lagi. Spray kaler hitam, pastu aku nak pasang cover seat kulit, letak kipas kecik kat depan and then pasang sport rim VW yang asal (kalo ada lagi). Semoga Pakcik Robinhood tak jelous dengan pilihan kereta aku. Sumpah Robinhood, ni lah kereta idaman aku dari kecik sampai la sekarang. Banyak kali aku dah berangan nak bawak kereta ni jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Walaupun aku tau peratusan awek nak menumpang kereta ni amat tipis, tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk memiliki kereta The Super Beetle ni suatu hari nanti.

Memang kewl gila la kereta ni

Kalo ada sesiapa nak jual kereta ni, jangan segan-segan..letak information anda dalam komen tu. Kalo susah nak reach blog aku, letak la kat blog Robinhood..semoga dia sampaikan kat aku. Sekarang kerja aku dah ok kot. Kalo dikira dari faktor kewangan memang agak mencukupi nak beli kereta ni. Tapi kenapa aku tak beli lagi??

Semua ni disebabkan oleh kesalahan JPJ. Kenapa la kena ada lesen kalo nak beli kereta..hampeh betol. Apasal aku takde lesen lagi sampai skarang. Aku tak harapkan hadiah wang tunai daripada Robinhood. Aku hanya nak dia applykan lesen D untuk aku. FYI, lesen B2 aku dah ada..hahaha.

Aku rasa korang dah dapat tangkap dengan jelas kereta idaman aku ni kan. Walaupun tujuan asal entry ni dibuat sebab nak masuk kontes, tapi aku rasa puas sebab dapat bagitau kat semua orang yang 'The Super Beetle' aka 'Kereta Katak' aka 'Kereta Mr. Bean' adalah kereta idaman aku. Aku bangga dengan pilihan aku ni. Kalo korang nak tau lebih lanjut pasal kereta idaman aku ni, jangan la segan-segan..klik je kat sini

Gelak bangga sikit..muahahahaha


2 comments:

RobinHood July 28, 2009 at 7:43 PM  

wah... Old SkoOl Neh..
Tp Siyez! Kalau Make Up.. Memang Smart!
Ngan Leather Seat Lagi..
Kipas Kechik Lagi..
Wah Wah Wah....
Menarik.....

Nie BUkan Keta Mr Bean...
Nie Keta Mat Bendul(Cerita Melayu Yg Tiru Mr Bean Tuw......)

p/s: Aku Bukan Pakcik Woi..
Jatuh La Saham Aku Camnie...
hahahahahahahah

Suda Direviews~

RobinHood August 3, 2009 at 5:05 PM  

Review Kali Ke-2

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah