Pelaburan Jangka Pendek Vol 1

(Gambar ni aku ambik kat internet jek untuk menceriakan entry ni)


Alkisah suatu hari pada bulan lepas, aku tengah bosan gila lepak sorang2 kat rumah. Pastu, salah sorang ahli pakatan maksiat call, ajak keluar Seremban jalan2 cari pasal. Tanpa berfikir 14 kali, aku pun follow je sebab dah bosan nak mati. Cadangan asalnya nak window shopping kat Jusco tapi bley plak melalut sampai ke aktiviti window girl (carik pompuan la tuuu). Sebab bukan aku yang jadik driver, so aku pun follow je la segala kegiatan beliau. Pusing 1 Seremban tapi hampehhh..sorang awek pon tak nampak. Yang banyak kat situ adalah spesis terlarang iaitu maknyah. Aku cakap kat Abang (ahli pakatan maksiat merangkap driver aku malam tu..

Jom la balik..pompuan dah pupus kat Seremban ni kot

Tengah sibuk mengumpat pasal kepupusan perempuan di Seremban, aku dapat panggilan telefon daripada Pakcik (bukan pakcik aku, tp aku panggil dia pakcik) ajak memabukkan diri. Boley la..aku pon takde aktiviti maksiat pun malam ni. Abang bukan seorang kaki mabuk macam aku so dia pon teragak-agak nak ikut atau tak. Setelah sesi pujuk rayu berlaku, Abang pun follow la aku menuju ke destinasi seterusnya (masih di area Seremban).

Naik kereta lebih kurang 20 minit, kami pun jumpa la Pakcik yang tersengih-sengih seperti kerang busuk di sebuah restoran cina. Dia pun order air kencing syaitan beberapa botol. Setelah beberapa sesi teguk-meneguk dilakukan, aku pun cakap kat Pakcik macam ni.

Aku: Pakcik..kawan saya (Abang) mau cari perempuan la. Pakcik takde ke kawan mau kenal?? (saja je aku guna nama Abang agar nama aku tak tercemar..hehehe)

Pakcik: Kalau camtu..esok kita pergi PD. Pakcik bawak awek untuk korang

Aku memang malas nk bergerak dari rumah kalo taim cuti. Dah la kerja macam nak mati tetiap hari, weekend je la masa aku untuk bermalas-malasan. Tapi bila tengok muka Abang yang kesepian tu, aku pun setuju dengan cadangan Pakcik.

Esoknya, dalam pukul 5 kami pun bergerak menuju ke tempat penginapan cewek-cewek Indonesia. Aku macam biasa, naik kereta Abang sambil ditemani 2 orang awek yang kami kutip tadi. Baru kenal kannnn..takkan nak sembang lebih-lebih. Awek yang kami angkut ni bley tahan jugak. Kalo aku cerita detail pasal awek ni, korang stim pulak nak baca. Conclusion, awek yang kami bawak ni memang mantap. Takde la cun seperti Fasha Sanda, tapi muka awek tu masih boleh diterima akal serta nafsu.

Dalam kereta, tak banyak pun yang kami sembangkan. Macam biasa la..tanya nama, asal mana, dan sebagainya. Senang nak cerita, aku panggil awek tu dengan panggilan awek kanan & kiri. Sampai PD, kami pun memulakan aktiviti mandi-manda di tempat public. Aku cuba hit yang kiri manakala Abang pulak hit awek yang kanan. Lupa plak aku nak ceritakan mengenai kewujudan Pakcik di acara mandi-manda ni..hahaha. Pakcik bawak seorang awek..juga dari Indo.

Ni baru 1st step to get laid. Takkan la baru jumpa terus nak terkam kot. Lepas acara mandi-manda. Kami pun berambus dari pantai PD dalam pukul 8. Aku memang tak terfikir pun nak berzina malam tu. Badan dah la penat..tenaga dah abis lepas acara kuak lentang serta kuak rama-rama tadi. Yang kanan dengan kiri aku tengok macam enjoy je pergi PD. Abang pun tersenyum sampai nampak susunan giginya yang rapi. Orang kata, tu senyuman syaitan..aku pun kurang pasti.

After that, kitorang pun pergi makan secara berkapel. Aku dengan yang kiri manakala Abang dengan yang kanan. Masa tu, kami dah buat acara sendiri. Pakcik dah pergi jalan-jalan dengan aweknya. Pakcik bagi nasihat kat aku

Adik..pakcik dah tolong bawakkan awek-awek ni. Adik pandai sendiri la ye.

Hmm..ok la pakcik (jawab dalam hati). Lepas makan, yang kanan tanya aku nak pergi mana lepas ni. Badan dah penat bebb..ikut hati nak membuta jek. Oleh sebab tanak menghampakan diorang, kami pun pergi la ke karaoke untuk menyumbangkan suara. Lepas beberapa sesi tarikan suara dilakukan, aku dan Abang pun hantarlah awek ni tadi balik hostel diorang. Step pertama..dapatkan phone number. Dengan muka selebet dan tanpa segan silu, aku pun mintak la diorang punya nombor. Waktu nak hantar diorang balik ni la baru aku tau nama sebenar diorang. Yang kanan tu Ayu dan yang kiri tu Ima. Dalam hati aku..Yeahhh!! Mission accomplished

(Sambung lagiii ke Vol 2)


0 comments:

Post a Comment

Pengikut Dakyah

Sesi Mengumpat


ShoutMix chat widget

Penyebar Dakyah